phone: +420 776 223 443
e-mail: support@londoncreative.co.uk

Friday, April 6, 2012

Bersama Memantapkan Industri Sarang Burung Walet

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah..akhirnya apa yang dihajati dapat direalisasikan bersama....
Atas persetujuan bersama Pihak Secret Walet Resources & Swiftlet Dream Services berbesar hati untuk bersama-sama bergabung dan berpadu tenaga dalam memartabatkan lagi industri walet ini untuk rakyat disegenap pelosok negara. Dengan kepakaran dan pengalaman kedua-dua pihak, diharapkan lagi dapat membantu mempertingkatkan industri ini melalui penyelidikan-penyelidikan yang berterusan.

Dengan sikap bersatu padu dan bekerjasama ini, dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama pengusaha,kontraktor mahupun consultant dan sekaligus memudahkan perjalanan industri ini. Kami juga berharap agar apa yang kami lakukan ini boleh menjadi contoh kepada pihak lain supaya dapat bersatu ibarat seberkas lidi yang diikat bersama agak susah untuk dipatahkan berbanding sebatang lidi yang terlalu mudah untuk dikepak patah dan rapuh..

Kami juga berharap agar doa anda semua bersama-sama dengan kami supaya dapat terus mengembeling tenaga, kudrat dan kepakaran serta pengalaman yang kami ada dalam membantu anda dan negara untuk meningkatkan lagi industri ini dengan lebih hebat dan mantap..amin...

Sekian, Terima kasih...



0 comments: