phone: +420 776 223 443
e-mail: support@londoncreative.co.uk

Sunday, November 30, 2008

Issues Concerning Bird Nest Industry To Be Brought To Cabinet

November 26, 2008 00:02 AM
Issues Concerning Bird Nest Industry To Be Brought To Cabinet
KUALA LUMPUR, Nov 25 (Bernama) -- Issues relating to the bird nest industry which now has a value exceeding RM1 billion will be brought up to the Cabinet soon, said Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Mustapa Mohamed.

He said among the matters that would be raised was for the industry to come under a specific government agency like the Veterinary Services Department.

"They (industry players) think that the government is not giving enough attention to this industry. It is growing. We are one of the biggest producers of edible bird nest in the world," Mustapa told reporters after opening the Malaysia-Netherlands bilateral talks on agriculture here Tuesday.

Mustapa had been asked about the outcome of his meeting with edible bird nest industry players from throughout the country at his ministry in Putrajaya, last week.

Bernama had highlighted complaints by bird nest entreprenuers in Sarawak who had asked for Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud's help to prevent enforcement officers from demolishing their nests because the premises did not have licences to operate the industry.

Unlike in the peninsula, Sarawak's laws do not permit urban premises to be used to grow birds nest.

-- BERNAMA

0 comments:

Friday, November 21, 2008

Pengusaha Sarang Burung Walit Mukah Dalam Dilema

Oleh Syed Azwan Syed Ali

MUKAH (SARAWAK), 14 Nov (Bernama) -- Suatu ketika dahulu, Mukah yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan darat dari Sibu, hanyalah sebuah pekan sepi dengan kegiatan ekonomi yang kurang kompetitif.

Namun segala-galanya berubah sejak penghijrahan secara besar-besaran burung walit dari Indonesia ke Malaysia terutama Sarawak, ekoran fenomena La Nina dan pembakaran hutan di republik itu pada awal 2000.

Nilai hartanah sekitar pekan kecil termasuk di Mukah melambung tinggi dengan kebanyakan tingkat atas rumah kedai dan bangunan komersial dijadikan tempat penternakan burung walit.

"Kalau dulu tingkat atas kedai ni nak jual RM30,000 pun orang tak beli. Tapi sejak burung walit datang sini, jual RM200,000 pun ada yang sanggup bayar," kata John Low, pengusaha sarang burung Walit, kepada Bernama di sini.

Pada 13 Okt 2005, Kerajaan memutuskan untuk membenarkan orang ramai menternak burung walit selain mengiktiraf bidang itu sebagai perusahaan yang berpotensi tinggi untuk menjana ekonomi penduduk setempat.

PENGUMUMAN NAJIB

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Negara mengenai Kerajaan Tempatan kali ke-53 di Putrajaya.

Kecuali Sarawak, negeri-negeri lain mempunyai garis panduan menternak burung walit yang memerlukan lesen daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjaga kepentingan orang ramai dan alam sekitar.

Namun perkembangan terkini di Mukah pada 14 Okt lepas, melibatkan pegawai dan ranger Jabatan Hutan Sarawak bertindak merobohkan dua premis pengusaha sarang burung walit di Medan Setiaraya dan New Township Mukah, menimbulkan dilema kepada pengusaha sarang burung walit di sini.

Pengerusi Pengusaha Sarang Burung Walit Mukah, Philip Tiong mendakwa ranger terbabit meroboh dan mengambil sarang burung malah membunuh anak-anak burung walit di premis itu, walaupun burung walit adalah spesies yang dilindungi.

"Kami cuma mahu kerajaan negeri mempertimbangkan untuk memberi kami lesen dan garis panduan untuk kami ikut dan patuh," katanya yang turut meminta campurtangan Ketua Menteri Sarawak dalam perkara ini.

HILANG MATA PENCARIAN

Philip berkata, jika kerajaan negeri tetap dengan pendirian mengharamkan penternakan burung walit di kawasan pekan dan bandar, ramai pengusaha sarang burung walit termasuk 150 ahli persatuan itu akan kerugian dan hilang mata pencarian.

Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber, Mohd Naroden Majais sebelum ini dilaporkan berkata, penternakan burung walit adalah tertakluk kepada Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998, Peraturan Perlindungan Hidupan Liar, (Sarang Burung Boleh Dimakan) 1998 dan Peraturan Perlindungan Hidupan Liar 1998.

Kloni dua spesies burung walit (hitam dan putih) yang boleh, tinggal atau bersarang di kawasan habitat aslinya seperti gua tetapi tidak dibenarkan di kawasan tanah bandar dan kawasan pinggir bandar.

Bagaimanapun, tinjauan Bernama di sekitar pekan Mukah mendapati tidak ada perbezaan pada luaran bangunan rumah kedai yang telah diubahsuai menjadi tempat penternakan burung walit dengan bangunan biasa.

Kawasan terbabit juga bersih dan tidak bising, malah seseorang tidak akan dapat membezakan rumah kedai yang telah diubahsuai bagi tujuan itu kecuali pada waktu Maghrib (sekitar 7 petang) di mana beribu-ribu burung walit terbang dan masuk ke rumah kedai terbabit.

BERSIH DAN TERURUS

Malah penulis yang diberi peluang masuk mendapati premis yang dipenuhi dengan beribu burung walit itu bersih dan terurus dengan sistem pengudaraan yang baik.

"Semua ini kerana kami ikut garis panduan disediakan Jabatan Perkhidmatan Haiwan," kata Philip merujuk kepada Amalan Baik Penternakan Haiwan Untuk Burung Walit (GAHP) JPH.

Sijil GAHP adalah sebahagian daripada keperluan untuk mendapatkan lesen penternakan burung walit di Sarawak selain kelulusan daripada Jabatan Perhilitan, Pejabat Tanah dan Majlis Perbandaran terbabit.

Sumber industri memberitahu bahawa kod amalan itu juga memastikan penternakan burung walit adalah terkawal selain mencegah sebarang epidemik seperti selesema burung.

Pada 11 Julai lepas, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata penternakan burung walit dibenarkan di lot komersial atau rumah kedai tetapi tidak di kawasan perumahan.

LEBIH 100 TAHUN

Perdagangan sarang burung di negara ini bermula sejak 100 tahun dengan penuaian pertama dilakukan di Gua Niah, Sarawak, pada 1878.

Indonesia adalah negara pertama yang mengusahakan perdagangan sarang burung secara komersial ekoran potensi tinggi komoditi itu.

Dianggarkan terdapat lebih 10,000 premis burung walit di seluruh negara dengan lebih 12 tan sarang burung dihasilkan dalam sebulan.

Dengan mengambil RM4,000 sekilogram sebagai purata harga sarang burung yang belum diproses, ini bermakna industri itu mampu menjana sehingga RM48 juta sebulan.

"Itu harga sarang burung yang belum diproses tetapi nilainya akan bertambah 10 kali ganda selepas diproses mengikut gred untuk dieksport," kata sumber industri yang enggan dikenali.

BANDAR BESAR

Bernama difahamkan penternakan burung walit di Sarawak tidak hanya tertumpu di Mukah, sebaliknya diusahakan secara meluas di bandar-bandar besar seperti Kuching, Bintulu, Sarikei dan Sibu.

"Burung walit bukan hanya beri rezeki kepada orang bandar, orang kampung yang menyewakan tanah mereka kepada pengusaha sarang burung juga boleh dapat sehingga RM700 sebulan," kata seorang penjaga burung, yang hanya ingin dikenali sebagai Fadhil, dengan merujuk kepada tapak premis burung seluas 5.66 meter lebar dan 8.49 meter panjang.

Bagi kakitangan kerajaan, Khalil Ali, yang baru melaburkan RM30,000 bagi membina premis burung walit di atas tanah keluarganya di Kampung Oyak, Mukah, kerajaan negeri perlu mencari jalan penyelesaian terbaik dalam perkara ini.

Walaupun kerajaan negeri bercadang membina lima buah eko-park untuk burung walit dengan dua daripadanya di Daro dan Mukah, isu penternakan burung walit di Sarawak perlu dilihat secara objektif.

Ini kerana kerajaan negeri perlu mempertimbangkan bagaimana untuk memindahkan burung itu ke premis baru tanpa merobohkan lebih 1,500 premis sedia ada atau membunuh puluhan ribu burung walit yang dilindungi itu.

"Apa yang kami mahu agar rumah kedai kami dibenarkan di sisi undang-undang. Biar kami dapat hak sama dengan pengusaha sarang burung walit di Semenanjung," kata John.

Sehingga laporan ini ditulis, hanya dua lesen premis burung walit dikeluarkan pihak berwajib di Sarawak. Namun penjaga burung keturunan Melanau, Burkan Aje Mohamed Roslan seolah-olah menyimpulkan rintihan seluruh pengusaha burung walit dengan berkata; "Kamik sayang burung walit. Kalau nak diroboh juga alamat satu Sarawak akan lupus".

-- BERNAMA

0 comments:

Monday, November 10, 2008

Lawatan Tapak Projek





Note: Lawatan Ke Tapak Projek Bersama En. Shamsul (salah seorang ahli yang mengikuti program usahasama @pemilik rumah walit)

0 comments:

Sunday, November 9, 2008

Lawatan Tapak Projek 07/11/08




NOTE: Bagi tapak projek Kg. Badlishah dalam 15-20% untuk siap.

0 comments:

Model Rumah Burung & Sample Kayu n Batu




0 comments: