phone: +420 776 223 443
e-mail: support@londoncreative.co.uk

Saturday, April 14, 2012

Repair RBW Kedah!!!



RBW Northern Malaysia ataupun utara tanah air ini telah pun dijalankan beberapa pengubahsuaian bagi memantapkan lagi keadaan RBW tersebut.
Beberapa pengubahsuaian yang dijalankan bertujuan untuk menetapkan atau stabilkan suhu dan kelembapan dalaman RBW tersebut sekaligus menarik begitu banyak populasi walet menetap dan bersarang di dalamnya.
Selain itu, sedikit touch up terhadap sistem audion dijalankan dan penukaran suara yang cukup mantap memberikan impak yang sangat positif.

Alhamdulillah, berkat rezeki dan keizinan daripada NYA, dari hari ke sehari, RBW ini menunjukkan perkembangan yang sangat positif. Hasil pemantauan daripada owner selepas RBW menjalani pengubahsuain, beliau menyatakan sangat bersyukur dan berpuas hati kerana peningkatan dari segi populasi walet yang bertambah cukup banyak dan pesat serta penambahan sarang yang begitu banyak. Setelah dirujuk dan ditanya kepada beberapa rakan,jabatan veterinar dan juga consultant yang lain, makluman yang didapati oleh owner RBW mengatakan RBW nya telah mencapai tahap RBW yang sangat berjaya seperti mana yang telah saya maklumkan kepada beliau juga.

Mudah-mudahan, berkat kejujuran dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh owner RBW tersebut beserta tunjuk ajar daripada pihak yang benar, dapat membuahkan hasil yang lebih lumayan. RBW tersebut tidak perlu lagi untuk menjalani sebarang pengubahsuain dan telah saya maklumkan kepada beliau, beliau hanya perlu menjaga ke stabilan RBW yang telah diwujudkan itu serta memastikan terhindar daripada haiwan perosak & pemangsa.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan khidmat kami, boleh hubungi seperti nombor dan emel yang tertera di dalam laman ini dan juga video ini..

Sekian, Terima kasih

p/s: enjoy the video!!!amin....















0 comments: