phone: +420 776 223 443
e-mail: support@londoncreative.co.uk
Showing posts with label rumah burung walet. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

Misi!!

  1. Memastikan industri burung walet ini boleh diceburi oleh semua rakyat walaupun bermodalkan kewangan yang sedikit
  2. Membantu Rumah Burung Walet (RBW) yang tidak dan kurang berjaya pulih seperti yang diharapkan (dengan berkat dan keizinan daripada ALLAH SWT)
  3. Berkongsi ilmu tentang industri tanpa mengira siapa pun
  4. Berterusan menjalankan R&D dan menambahkan ilmu,pengetahuan dan pengalaman bersama-sama.

Visi!!

"Where your swiftlet dreams come true"

Repair RBW Kedah!!!



RBW Northern Malaysia ataupun utara tanah air ini telah pun dijalankan beberapa pengubahsuaian bagi memantapkan lagi keadaan RBW tersebut.
Beberapa pengubahsuaian yang dijalankan bertujuan untuk menetapkan atau stabilkan suhu dan kelembapan dalaman RBW tersebut sekaligus menarik begitu banyak populasi walet menetap dan bersarang di dalamnya.
Selain itu, sedikit touch up terhadap sistem audion dijalankan dan penukaran suara yang cukup mantap memberikan impak yang sangat positif.

Alhamdulillah, berkat rezeki dan keizinan daripada NYA, dari hari ke sehari, RBW ini menunjukkan perkembangan yang sangat positif. Hasil pemantauan daripada owner selepas RBW menjalani pengubahsuain, beliau menyatakan sangat bersyukur dan berpuas hati kerana peningkatan dari segi populasi walet yang bertambah cukup banyak dan pesat serta penambahan sarang yang begitu banyak. Setelah dirujuk dan ditanya kepada beberapa rakan,jabatan veterinar dan juga consultant yang lain, makluman yang didapati oleh owner RBW mengatakan RBW nya telah mencapai tahap RBW yang sangat berjaya seperti mana yang telah saya maklumkan kepada beliau juga.

Mudah-mudahan, berkat kejujuran dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh owner RBW tersebut beserta tunjuk ajar daripada pihak yang benar, dapat membuahkan hasil yang lebih lumayan. RBW tersebut tidak perlu lagi untuk menjalani sebarang pengubahsuain dan telah saya maklumkan kepada beliau, beliau hanya perlu menjaga ke stabilan RBW yang telah diwujudkan itu serta memastikan terhindar daripada haiwan perosak & pemangsa.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan khidmat kami, boleh hubungi seperti nombor dan emel yang tertera di dalam laman ini dan juga video ini..

Sekian, Terima kasih

p/s: enjoy the video!!!amin....















Wednesday, April 11, 2012

Projek Perkongsian RBW di Kuala Selangor!!!

Alhamdulillah, beberapa projek rumah burung yang sedang dalam pembinaan kini sudah memasuki fasa akhir dan ada yang telah mula beroperasi dan juga akan beroperasi dalam masa terdekat. Pihak saya kini bersedia untuk memulakan projek perkongsian terbaru atau rbw ke4 yang akan dibina di Kuala Selangor, Selangor (gambar dan lokasi akan di'update' kemudian).

Jumlah penyertaan yang dijual terhad kepada 75% sahaja bersamaan dengan RM4000 = 1% dan jumlah minima penyertaan adalah RM20k = 5%. Peserta akan diberi 1 set produk air sarang burung yang berharga RM308 dan kursus percuma (RM350.00) yg akan diadakan kelak.

Jangkaan pembinaan akan dimulakan pada bulan 6 atau dengan kadaran segera(mengikut perkembangan daripada dana pihak perkongsian) dan pihak saya amat mengalu-alukan mana-mana individu yang berminat agar dapat menghubungi saya  013-22.77.0.60 (Rahimi - Ipoh/KL)atau 013-5846101 (Hisham - Kulim/Utara).

Perkongsian Rumah Burung Walet Kelantan!!!

Sebuah rumah kedai yang telah diubahsuai menjadi rumah burung berhadapan Balai Islam Lundang, Kota Bharu dengan keluasan 20 x 80 x 2 tingkat dan telah mempunyai sarang dan telur anggaran >100 sarang kini ditawarkan untuk perkongsian.
Harga yg ditawarkan adalah RM60k sahaja pada perkongsian 40%.. sekiranya ada individu yg berminat boleh datang sendiri untuk membuat lawatan dan penerangan lanjut.. Tuan punya rumah memerlukan modal tambahan untuk membina & menyiapkan projek rbw di tempat lain.. harap maklum
 
Kepada yang berminat boleh hubungi saya dengan segera selagi belum disambar orang lain 013-22.77.0.60 Rahimi 




Anda tidak perlu pening2 kepala lagi...masuk cuci tangan saja...
RBW yang telah mempunyai sarang melebihi 100 sarang @1kg ke atas mempunyai value yang sangat diri...
dengan harga yang sangat berpatutan@murah ini, ramai yang akan berebut untuk mendapatkannya...(siapa cepat, dia untung)

Tuesday, April 10, 2012

Sg Dua!!Another Revamp!!




Ini merupakan RBW di Sg. Dua yang dalam proses untuk di baik pulih..
Ownernya dah hampir berputus asa setelah hampir 2 tahun RBW tidak menjanjikan apa..
Walaupun ada burung walet yang masuk bermain dan menginap pada mulanya, kemudian segalanya hilang bagaikan sekelip mata entah ke mana.
Setelah di amati betul, terdapat banyak perkara yang perlu di perbaiki oleh owner RBW ini..
Ibarat seperti membuat RBW yang baru..tetapi tidak mengapa setelah berbincang, hanya beberapa perkara penting yang perlu di ubahsuai, selebihnya masih boleh diguna pakai. Terkejut saya melihatnya pada awal mula2 masuk..Dengan design yang serba tidak kena, penggunaan kayu meranti merah yang kononnya lebih baik akhirnya hanya menjadikan kayu itu berkulat malah reput.
Kayu meranti yang di ambil trus dari hutan dan kemudian di belah dan dipotong menjadi saiz 2x5, kononnya dinyatakan oleh CONsultant sebelumnya amat baik dan bagus, tapi tidak ke mana, malah menyebabkan owner terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih lagi bagi menggantikan kesemua kayunya.
Selain itu, tatacara susunan speaker dan penggunaan alatan yang tidak bertepatan juga menjadi faktor kurang berhasilnya RBW ini. Jadi, beberapa pengubahsuaian perlu di lakukan dan telah pun dimaklumkan kepada owner. Nantikan perkembangan seterusnya kelak.
TQ

Monday, April 9, 2012

Kg Gajah!! Another Successfull Revamp!!





 Rupa Asal RBW Kg. Gajah

Gambar di atas menunjukkan gambaran asal RBW Kg. Gajah.. RBW ini didirikan di atas sebuah kandang kambing dengan menggunakan atap asbestos sebagai keseluruhan strukturnya bersama-sama kayu sebagai tiang dan lantai.
Namun, atas faktor mikro habitatnya (suhu yang tinggi@panas dan kelembapan yg renda) yang tidak tepat dan tata ruang lubang masuknya (terlalu tinggi dan kecil) menyebabkan agak sukar untuk memikat burung walet masuk setelah hampir setahun lebih beroperasi.
Ini menyebabkan beberapa pengubahsuaian harus dilakukan.

Antara pengubahsuaian yang telah dilakukan:
  1. LMB(bahagian luar) telah ditukarkan kebawah bertentang dengan roving roomnya
  2. LMB(bahagian dalam) pula ditukar di sebelah kiri roving room, LMB(bahagian dalam) yang lama ditutup untuk mengelakkan cahaya yang terlalu banyak masuk.
  3. Di bahagian dalaman (nesting room) pula dibuat satu lapisan berjarak 3 kaki daripada dinding asal di mana lapisan ini dilengkapi dengan teknologi "ThermaSwift". Penggunaan "ThermaSwift" ini dapat menurunkan kadar suhu dalamannya dan meningkatkan kadar kelembapan sekaligus menstabilkan mikro habitat RBW itu mengikut mikro habitat seperti di dalam gua dan bertepatan dengan 1GP yang telah dikeluarkan.
  4. Sistem bunyi@suara nya pula di upgrade menjadi sistem "Power Sound" kami dimana menggunakan 2 suara luar dan 2 suara dalam
  5. Beberapa sarang palsu diletakkan dan penggunaan nature aroma di dalam nesting room dan pada sarang palsu tersebut.
Alhamdulillah....hasilnya sangat memberangsangkan...burung mula berkerumun bermain di persekitaran RBW dan mendekati LMB. terdapat sebanyak 8 ekor telah masuk dan tidur didalamnya selepas hampir 2 minggu beroperasi semula dengan wajah baru (revamp).

p/s:gambar atau video akan di update kemudian, xberkesempatan dengan beberapa masalah teknikal.tq

yang berminat sila hubungi:
013-22.77.0.60 Rahimi

Saturday, April 7, 2012

Shop Lot

HARGA BAGI PENGUBAHSUAIAN DI SEMENANJUNG

Renovation Rumah Kedai jadi RBW:
(Shoplot mesti dilihat dahulu)

1tgkt = RM30,000
2tgkt = RM50,000
3tgkt = RM70,000


Note: complete set of building, power sound of sound system, 4channel cctv(add up rm 1000 to upgrade 8 channel cctv), ultra sonic humidifier

MARKED: Harga tertakluk mengikut harga bahan binaan semasa dan urusan infrastruktur dan kemasukan elektrik adalah tanggungjawab tuan tanah.

Friday, April 6, 2012

Pakej 2 - RBW Persendirian

HARGA BAGI PROJEK INDIVIDU (AREA SEMENANJUNG)

Pakej 2:

RBW 20'X40'X2tgkt = RM108,000
RBW 20'X40'X3tgkt = RM168,000

Note: complete set of building, power sound of sound system, 4channel cctv(add up rm 1000 to upgrade 8 channel cctv), ultra sonic humidifier


MARKED: Harga tertakluk mengikut harga bahan binaan semasa dan urusan infrastruktur dan kemasukan elektrik adalah tanggungjawab tuan tanah.

Pakej 1 - RBW Persendirian

HARGA BAGI PROJEK INDIVIDU: (AREA SEMENANJUNG)

Pakej 1:

RBW 20'x70'x1tgkt = RM108,000
RBW 20'x70'x2tgkt = RM208,000
RBW 20'x70'x3tgkt = RM308,000

Note: complete set of building menggunakan teknologi "ThermaSwift", power sound of sound system, 4channel cctv(add up rm 1000 to upgrade 8 channel cctv), ultra sonic humidifier



MARKED: Harga tertakluk mengikut harga bahan binaan semasa dan urusan infrastruktur dan kemasukan elektrik adalah tanggungjawab tuan tanah.

Thursday, October 20, 2011

Successfull Renovate @ Revamp Bird House at Sabah





Alhamdulillah...syukur kehadratNYA dengan keizinanan daripadaNYA, RBW kawan saya berjaya diubahsuai setelah beberapa ketika tidak mendatangkan hasil. Dengan ilmu dan pengalaman saya yang tidak seberapa ini, saya hanya memberi sedikit pandangan keatas RBW kawan saya apa yang perlu diubahsuai dan selepas seminggu berjalan ia meunjukkan hasil....ingin saya berkongsi buat semua...


Gambar 1


Gambar 2



Gambar 3

Gambar2 diatas adalah kawasan yang perlu diubah suai selain ubahsuai teknikal yg lain...
di bawah nih saya sertakan lakaran asal RBW ini (2D):

Setelah meneliti gambaran yang diberi....saya membuat beberapa lakaran kasar yang perlu beliau ubahsuai dan saya juga mengandaikan arah burung pulang sebab beliau tidak menyatakan arahnya (nak pegi tgk jauh so just buat andaian la arah burung tuh balik)

so daripada lakaran tuh, saya cadangkan beliau tutup terus lubang kedua seperti gambar 2.

kemudian buka 1 LMB (lubang masuk burung) dibahagian depannya(luar) dan di bahagian dalam di kawasan Gambar 1. Letak pula Hexagon or Bazooka kt hujung atas atap seperti dlm lakaran di bawah.

lepastuh buat sket susunan speaker yg sesuai seperti lakaran bawah ni..

last skali saya cadangkan beliau buka trus partition yg tak diperlukan..

bahagian bwh pula saya cadangkan beliau boleh buka atau mahu kekalkan VIP room tuh...
itu saja...dan feedbacknya...(jeng..jeng..jeng..)







Ini lah hasilnya...may god bless u bro...


Ada rezki lebih nanti bantu la pada yang kurang upaya....(pesanan kepada diri sendiri dan juga untuk semua)

Tuesday, January 6, 2009

Video: Lawatan Tapak

Site Visit - 28122008



Saturday, December 13, 2008

Rising investments in swiftlet farming boost Malaysia’s bird nest exports

Saturday December 13, 2008

Stories By ERROL OH


ALL businesses are built on blood, sweat and tears, at least in the figurative sense. But one industry thrives on another bodily fluid – saliva. Bird saliva, that is. And not just any bird. It has to be the swiftlet, whose nests of hardened spit have been a delicacy treasured by the Chinese for centuries.
Depending on the quality, marketplace and timing, a kilogramme of unprocessed edible bird nest can fetch a few thousand ringgit.
The processing, a tedious and labour-intensive affair, typically doubles the value of the nests. Quoting a senior Sabah government official, a news report early last month says bird nest is sold at RM4,000 to RM18,000 per kg.
The global market is said to be worth billions of ringgit. Thanks to its head start of 20 years or so in swiftlet farming on a commercial scale, Indonesia supplies 70% to 80% of the bird nests consumed worldwide, mainly in Hong Kong, Taiwan, China, Macau, Singapore and North America.
Heng believes swiftlet farming is a great investment opportunity
However, swiftlet farming is an increasingly visible business in Malaysia. Given the high rate of innovation and adoption here, there is a good chance of Malaysia growing its current market share of about 10%.
(Some people use the words ranching or breeding instead of farming. Actually, none is accurate because the operators merely provide a nesting environment for the birds, which come and go freely. Perhaps a more appropriate term is swiftlet hosting.)
Dr Christopher Lim, a nephrologist who has succeeded as a part-time swiftlet farmer and has authored a how-to book on the subject, says there are about 22,000 swiftlet farms (also known as swiftlet hotels, swiftlet houses or birdhouses) in Malaysia. He estimates that there are 200 new ones every month.
This explains the increasing frequency of complaints from residents and business owners about birdhouses in their neighbourhoods.
If you happen to be near swiftlet farms, it will not take you long to notice them. You will hear loud, piercing chirps filling the sky. This comes from CDs that are played to attract the birds. And if you look around, you are likely to spot windowless buildings (usually shophouses) that have been renovated or built to host feathered occupants.
Birdhouse boom
The list of towns that have become known for this activity is lengthening. There are such places in just about every state. What these towns usually have in common are proximity to agricultural and forest land, and relatively low levels of industrial activity.
The first element is important because farms, plantations and jungles support the swiftlets’ diet of flying insects. The lack of factories in the vicinity matters because air pollution is anathema to the birds.
You can find many swiftlet farms in Perak (in Sitiawan, Ipoh, Teluk Intan and Taiping, for example), Pahang (Kuantan, Rompin, Pekan), Kelantan (Kota Baru, Tumpat), Terengganu (Kuala Terengganu, Kuala Besut) and Kedah (Sungai Petani).
Even the more developed states, such as Selangor, Johor and Penang have their share of areas that have attracted investments in swiftlet farming.
Mohammad says guidelines on acceptable practices in swiftlet farming are available
Until recently, the industry in Malaysia had maintained a low profile. The operators that were doing well were unwilling to share information and knowledge. The secrets to profitable swiftlet farming stayed within a tight circle and this was a major barrier to entry.
Still, there is no holding back the desire to make money. Despite the lack of transparency, the trickle of newcomers had eventually led to a critical mass that kicked the doors wide open some five years ago.
The key attraction here is the lure of lucrative returns from a passive investment. The idea is simple – put up a well-designed and well-equipped swiftlet farm at the right spot, and the rest will fall in place. The birds will come and soon, you can keep harvesting their nests for many years.
“It’s a gold mine,” says Mohammad Azimullah, manager of Swiftlets Venture International (SVI), a consultancy outfit.
“You put in RM500,000 and if your location is good, you can net RM1mil a year within four years. Where else in the world can you find such a business?”
Kelvin Heng of Pearlnest, which does trading and consulting work, is convinced that swiftlet farming is currently the best investment opportunity in Malaysia.
He explains: “You invest only once. You don’t have to come out with money every month to pay maintenance and workers’ salaries. If the farm is successful, you can collect thousands of ringgit every month.”
On a wing and a prayer
There are, of course, a lot of ifs and buts to deal within this fledgeling industry. A lot of people have rushed into it and many of them have crashed and burned.
Lim reckons that about 80% of the birdhouses in Malaysia are failed projects.
Mohammad of SVI has a slightly different take. He says the failure rate is 60%, but adds that of the rest, half are considered only marginally successful.
The concept of swiftlet farming is uncomplicated, but the execution is technically challenging if the farmers do not understand what makes the birds tick.
Many parameters determine the suitability of a farm’s location, and these include food availability, weather and geographical conditions, and nearby industrial activities.
The design of the birdhouse can be equally tricky. In the wild, swiftlets nest in caves. So, the idea is to simulate a cave environment, which means temperature, lighting, humidity, smell and space are often make-or-break features.
In addition, well-designed birdhouses make it easy for the swiftlets to fly in and out and to nest. They should also be built in such a way so as to protect the birds from predators and to minimise antagonising the neighbours.
The last objective is crucial because many times, the local authorities have shut down swiftlet farming operations following objections from other rate-payers.
A common problem is the noise from the birdcall recordings. Lim blames this on the farmers’ ignorance.
“If you know how to properly design and run the farms, the neighbours won’t be bothered by the sounds. You want to attract birds, not humans,” he argues.
Heng of Pearlnest agrees: “The farmers turn up the volume like it’s karaoke. You have to be considerate. And you don’t have to play the sound the whole day. There’s no point in that anyway.”
SVI’s Mohammad points out that the Veterinary Services Department and some local authorities have already come up with guidelines on acceptable practices in swiftlet farming. Therefore, the best way for swiftlet farmers to safeguard their investments is to just stick to the rules.
He says: “People should go for purpose-built birdhouses. We never recommend building birdhouses in shophouses.” He foresees that in 10 years, the practice of converting shophouses into bird farms will be outlawed.


NOTE: THERE ARE MANY CONSULTANCY COMPANY OF THE BIRD'S NEST INDUSTRY OUT THERE..BUT I SUGGEST THAT DO SOME RESEARCH FIRST REGARDING THEIR EXPERIENCE, TECHNOLOGY, PRICE AND SERVICES OFFERED TO YOU..

Monday, November 10, 2008

Lawatan Tapak Projek





Note: Lawatan Ke Tapak Projek Bersama En. Shamsul (salah seorang ahli yang mengikuti program usahasama @pemilik rumah walit)

Sunday, November 9, 2008

Lawatan Tapak Projek 07/11/08




NOTE: Bagi tapak projek Kg. Badlishah dalam 15-20% untuk siap.

Model Rumah Burung & Sample Kayu n Batu