phone: +420 776 223 443
e-mail: support@londoncreative.co.uk
Showing posts with label sound system. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

Repair RBW Kedah!!!



RBW Northern Malaysia ataupun utara tanah air ini telah pun dijalankan beberapa pengubahsuaian bagi memantapkan lagi keadaan RBW tersebut.
Beberapa pengubahsuaian yang dijalankan bertujuan untuk menetapkan atau stabilkan suhu dan kelembapan dalaman RBW tersebut sekaligus menarik begitu banyak populasi walet menetap dan bersarang di dalamnya.
Selain itu, sedikit touch up terhadap sistem audion dijalankan dan penukaran suara yang cukup mantap memberikan impak yang sangat positif.

Alhamdulillah, berkat rezeki dan keizinan daripada NYA, dari hari ke sehari, RBW ini menunjukkan perkembangan yang sangat positif. Hasil pemantauan daripada owner selepas RBW menjalani pengubahsuain, beliau menyatakan sangat bersyukur dan berpuas hati kerana peningkatan dari segi populasi walet yang bertambah cukup banyak dan pesat serta penambahan sarang yang begitu banyak. Setelah dirujuk dan ditanya kepada beberapa rakan,jabatan veterinar dan juga consultant yang lain, makluman yang didapati oleh owner RBW mengatakan RBW nya telah mencapai tahap RBW yang sangat berjaya seperti mana yang telah saya maklumkan kepada beliau juga.

Mudah-mudahan, berkat kejujuran dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh owner RBW tersebut beserta tunjuk ajar daripada pihak yang benar, dapat membuahkan hasil yang lebih lumayan. RBW tersebut tidak perlu lagi untuk menjalani sebarang pengubahsuain dan telah saya maklumkan kepada beliau, beliau hanya perlu menjaga ke stabilan RBW yang telah diwujudkan itu serta memastikan terhindar daripada haiwan perosak & pemangsa.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan khidmat kami, boleh hubungi seperti nombor dan emel yang tertera di dalam laman ini dan juga video ini..

Sekian, Terima kasih

p/s: enjoy the video!!!amin....















Monday, April 9, 2012

Kg Gajah!! Another Successfull Revamp!!





 Rupa Asal RBW Kg. Gajah

Gambar di atas menunjukkan gambaran asal RBW Kg. Gajah.. RBW ini didirikan di atas sebuah kandang kambing dengan menggunakan atap asbestos sebagai keseluruhan strukturnya bersama-sama kayu sebagai tiang dan lantai.
Namun, atas faktor mikro habitatnya (suhu yang tinggi@panas dan kelembapan yg renda) yang tidak tepat dan tata ruang lubang masuknya (terlalu tinggi dan kecil) menyebabkan agak sukar untuk memikat burung walet masuk setelah hampir setahun lebih beroperasi.
Ini menyebabkan beberapa pengubahsuaian harus dilakukan.

Antara pengubahsuaian yang telah dilakukan:
  1. LMB(bahagian luar) telah ditukarkan kebawah bertentang dengan roving roomnya
  2. LMB(bahagian dalam) pula ditukar di sebelah kiri roving room, LMB(bahagian dalam) yang lama ditutup untuk mengelakkan cahaya yang terlalu banyak masuk.
  3. Di bahagian dalaman (nesting room) pula dibuat satu lapisan berjarak 3 kaki daripada dinding asal di mana lapisan ini dilengkapi dengan teknologi "ThermaSwift". Penggunaan "ThermaSwift" ini dapat menurunkan kadar suhu dalamannya dan meningkatkan kadar kelembapan sekaligus menstabilkan mikro habitat RBW itu mengikut mikro habitat seperti di dalam gua dan bertepatan dengan 1GP yang telah dikeluarkan.
  4. Sistem bunyi@suara nya pula di upgrade menjadi sistem "Power Sound" kami dimana menggunakan 2 suara luar dan 2 suara dalam
  5. Beberapa sarang palsu diletakkan dan penggunaan nature aroma di dalam nesting room dan pada sarang palsu tersebut.
Alhamdulillah....hasilnya sangat memberangsangkan...burung mula berkerumun bermain di persekitaran RBW dan mendekati LMB. terdapat sebanyak 8 ekor telah masuk dan tidur didalamnya selepas hampir 2 minggu beroperasi semula dengan wajah baru (revamp).

p/s:gambar atau video akan di update kemudian, xberkesempatan dengan beberapa masalah teknikal.tq

yang berminat sila hubungi:
013-22.77.0.60 Rahimi

Saturday, April 7, 2012

Pakej 4 - Sound System Installation

HARGA BAGI PEMASANGAN DI SEMENANJUNG

Sound System Installation for RBW:

Pakej 4 (budget sound) spec:-
1 amplifier
1 suara luar
1 suara dalam
budget tweeters

Price = rm2,800.00

MARKED: Harga tertakluk mengikut harga bahan binaan semasa dan urusan infrastruktur dan kemasukan elektrik adalah tanggungjawab tuan tanah.

Pakej 3 - Sound System Installation

HARGA BAGI PEMASANGAN DI SEMENANJUNG

Sound System Installation for RBW:

Pakej 3 (simple sound) spec:-
2 amplifier
1 suara luar
1 suara dalam
Standard tweeters

Price = RM 4,800.00

MARKED: Harga tertakluk mengikut harga bahan binaan semasa dan urusan infrastruktur dan kemasukan elektrik adalah tanggungjawab tuan tanah.

Pakej 2 - Sound System Installation

HARGA BAGI PEMASANGAN DI SEMENANJUNG

Sound System Installation for RBW:

Pekje 2 (standard sound) spec:-
3 amplifier
1 suara luar
2 suara dalam
Hexagon
Standard Tweeters @ Cluster tweeters

Price = RM 7,800.00

MARKED: Harga tertakluk mengikut harga bahan binaan semasa dan urusan infrastruktur dan kemasukan elektrik adalah tanggungjawab tuan tanah.

Friday, April 6, 2012

Pakej 1 - Sound System Installation

HARGA BAGI PEMASANGAN DI SEMENANJUNG
 
Sound System Installation for RBW:

Pakej 1 (power sound) spec:-
4 amplifiers
1 suara tarik
2 suara luar
2 suara dalam
Bazooka / Hexagon
Chandelier & Cluster speaker@tweeters
Tweeters tarik

Price = RM11,800.00

MARKED: Harga tertakluk mengikut harga bahan binaan semasa dan urusan infrastruktur dan kemasukan elektrik adalah tanggungjawab tuan tanah.